Irsyad berumur 3 bulan lebih

"SELAMAT TINGGAL 2008" Tahun 2008 merupakan tahun yang amat sedih bagiku serta seluruh keluargaku, mahuku katakan malang tidak boleh juga sebab bila difikir balik ada hikmah disebalik kejadian. Kisah ini boleh dijadikan iktibar oleh para pembaca. Kejadian ini telah memberikan kesan amat mendalam dalam hidup kami sekeluarga.


Irsyad di Kundasang

Pada 5 Mei 2007, jam 9.23am lahirlah anak kedua kami iaitu seorang putera dan diberi nama MUHAMMAD IRSYAD ZAFRAN yang membawa maksud "Petunjuk Kejayaan". Beratnya 3.1kg sangat comel, masa tu kami berasa sangat bertuah dan sangat bahagia kerana kami mempunyai sepasang anak. Anak kami yang sulung perempuan. Irsyad adalah seorang anak yang sangat senang dijaga dan tidak pernah menyusahkan. Dia hanya akan menangis apabila dia lapar mahu minum susu.

Apabila Irsyad senyum mata pun turut senyum

Bergambar bersama sepupu di rumah kampung semasa Hari Raya


Tiba 5 Mei 2008 Irsyad telah menyambut hari ulang tahunnya yang pertama, kami menyambut hari ulang tahunnya di rumah kami dan kami menjemput semua sepupu Irsyad iaitu Anas, Anan, Anis dan Faris. Tidak ketinggalan juga datuk, nenek, pakcik dan makcik Irsyad. Yang hairannya Irsyad tiduk nyenyak semasa hari ulang tahunnya sehinggakan semasa memotong kek pun dagunya terpaksa di tongkat. [Photo]

Kek Hari Jadi Irsyad

Hadiah-hadiah semasa Hari Jadi Irsyad



Semasa Hari Jadi Irsyad yang pertama


Saat yang gembira hilang dengan sekelip mata ia bermula...... bersambung di SELAMAT TINGGAL 2008 (2) .....

0 comments: