SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN ISTERIKU TERSAYANG 4 SEPTEMBER


Alhamdulillah dapat keta baru ari ni


SELAMAT HARI LAHIR IBU HJH ROHANI HJ AWG TENGAH pada 27 april 2009 (baju pink)
semoga panjang umur murah rezeki...
(dari kanan Ika, emak, ayah, arwah Irsyad, zal, batrisyia dan isteri.)

potong jangan tak potong
Majlis hari jadi Mohd Annan Hakimi ke 12 pada 26 April 2009 di Restoran Padang Ibu.
Selamat Hari Jadi ke 12 tahun...potong kek

tuan pengerusi majlis..Faris Iskandar!....hehe

Lapar oooo!
Batrisyia, Liya, isteri dan mak mentua hehe
nyum...nyum...nyum!

senyum!
sabar menunggu order!

Emaknya main boling di CP hehe

Lepas inject jalan lagi bersejuk2 di one borneo hehe

Alhamdulillah selesai, dapatlah sticker hehe

ayam ori ka ayam patung? hehe


baru bangun?


Suntikan imunisasi Liya untuk umur 2 bulan di Kid's Clinic (Dr Terry).
















Indahnya Masjid Bandaraya.


BBQ HOTSPOT 1 BORNEO




LIYA DAN LISA

NUR LIYA ZAFIRAH (23/02/09)

Foto Nur Liya Zafirah yang sepatutnya lahir pada hari ini 21/02/09.







Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…Mendengar suaramu…Tawa mengusik jiwa…Oh…

(Ulang korus)

ANAK SULUNG
NAMA : Nur Batrisyia Lisa
TARIKH LAHIR : 10.11.2005
TEMPAT LAHIR : KK. Specialist Centre, KK
MASA LAHIR : 4.37am
BERAT LAHIR : 2.65kg







ANAK KEDUA

NAMA : Muhammad Irsyad Zafran
TARIKH LAHIR : 05.05.2007
TEMPAT LAHIR : KK. Specialist Centre, KK
MASA LAHIR : 9.23am
BERAT LAHIR : 3.1kg

TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH : 13.07.2008 (3.30am)









ANAK KETIGA

NAMA : Nur Liya Zafirah
TARIKH LAHIR : 25.01.2009
TEMPAT LAHIR : KK. Specialist Centre, KK
MASA LAHIR : 02.57pm
BERAT LAHIR : 2.3kg

Berjalan bersama sepupu (dari kiri Anas, Anis, Batrisyia, Faris & Anan)



































Senyuman Irsyad tetap dalam kenangan

Irsyad bersama Kakak


Video diambil dalam bulan Mei 2008 tidak lama lagi Irsyad sakit

Pada tanggal 22 Mei 2008 umur Irsyad setahun 17 hari, merupakan hari yang sangat sedih bagi kami sekeluarga apabila Irsyad mengalami demam panas yang teruk sehingga 41.5 darjah celcius. Kami telah membawa Irsyad berjumpa dengan doktor yang selalu kami jumpa iaitu Dr.Terry Huang seorang doktor pakar kanak-kanak. Kami lihat doktor pun dalam keadaan cemas lalu dia menyarankan supaya kami bawa Irsyad dengan segera ke Hospital Likas. Sepanjang dalam perjalanan kami ke Hospital Likas Irsyad kelihatan telah lemah. Setiba kami di Hospital Likas kami terus membawa ke wad, dengan penuh harapan supaya anak kami dapat dirawat dengan cepat. Tapi jangkaan meleset apabila kami tiba di wad kami terpaksa lagi menunggu lama untuk menempatkan Irsyad di katil. Apa yang kami kesalkan setelah Irsyad ditempatkan di katil tiada seorangpun doktoryang datang merawat sedangkan panas anak kami tidak surut lagi.
Jururawat ada sekali-sekala datang menjenguk sekejap itupun tiada sebarang tindakan yang mereka buat. Sehinggalah jam 11pm muncullah seorang doktor yang mengambil darah Irsyad, keadaan Irsyad menjadi teruk sehinggakan matanya terbeliak ke atas, sebelum darah diambil keadaan Irsyad masih stabil. Yang menghairankan doktor tersebut seolah-olah tiada perasaan, dia meneruskan lagi mengambil darah. Rupa-rupanya orang yang mengambil darah Irsyad adalah seorang "Doktor Pelatih". Pada Jam 3am keadaan Irsyad lebih teruk apabila oksigennya semakin berkurangan dan Irsyad terpaksa diberikan bantuan oksigen iaitu dengan memasukkan tiub oksigen dalam mulutnya. Irsyad dimasukkan dalam ICU. Tidak disangka mulai saat itulah kami tidak lagi dapat melihat mata Irsyad berbuka kerana mulai dari pagi itu Irsyad telahpun koma.



Hari pertama Irsyad dimasukkan dalam wad


Mulai dari hari itu seluruh hidup kami berubah, siang malam kami berdoa supaya Irsyad dapat bangun semula seperti biasa. Sepanjang kami menjaga Irsyad banyak dugaan yang kami hadapi, doktor datang berulang-alik untuk mematahkan semangat kami sehinggakan pelbagai cara mereka untuk meyakinkan kami yang anak kami telah lama meninggal dunia. Tapi kami tetap berpegang teguh bahawa setiap ajal ditentukan oleh ALLAH S.W.T dan bukannya orang yang bernama doktor. Tak tahu lah sebesar mana syaitan yang datang menghasut doktor tersebut sehinggakan mereka tidak jemu-jemu meyakinkan kami yang anak kami telah meninggal dunia. Sehingga kami merujuk kepada ramai ustaz mengenai anak kami, ada seorang ustaz namanya Ustaz Ahmad, beliau seorang yang banyak memberi kami nasihat. Menurut kata-kata beliau seorang yang telah meninggal boleh dilihat apabila semua organnya tidak lagi berfungsi, warna kulit pun turut berubah dan tubuh badan menjadi keras. Tambahan beliau lagi selagi ada sel hidup selagi itulah orang itu masih hidup. Kami tetap dengan penuh keyakinan yang anak kami masih hidup. Bukan kami tidak mahu menerima kenyataan tapi kami kami tetap berpegang teguh kepada Rukun Imam iaitu 'Percaya Kepada Qada dan Qadar'.



Irsyad dalam keadaan koma


Selain daripada berubat di hospital kami juga mencuba pelbagai perubatan sama ada perubatan secara Islam dan Tradisional, ramai ustaz yang cuba mengubati Irsyad. Tapi ALLAH lebih menyayanginya, pada 12 Julai 2008 (Sabtu) jam 7.30pm keadaan Irsyad semakin kritikal apabila banyak susu keluar dari hidung Irsyad dan perutnya keras tidak lagi seperti biasa. Mesin oksigennya sering terganggu dan tekanan darah Irsyad juga tidak dapat dibaca lagi. Begitulah berulang-kali sehinggalah jam 12 tgh malam masuk 13 Julai 2008 (Ahad) denyutan nadi Irsyad turun tapi tidak lama kemudian naik lagi apabila kami sekeluarga beramai-ramai berzikir. Keadaan lebih menyedihkan apabila kami lihat kaki dan paha Irsyad sudah kebiru-biruan dan dahi Irsyad juga semakin sejuk. Dalam jam 3.30am 13 Julai 2008 (Ahad) terberhentilah denyutan nadi Irsyad. Irsyad telahpun kembali ke Rahmatullah...... Hampir gelap suluruh dunia ini rasanya. Tapi hidup tetap diteruskan kerana kami ada seorang anak lagi yang perlu diberikan perhatian.



Irsyad dalam keadaan koma


Kami suami isteri menerimanya dengan penuh redha dan kami bersyukur kerana anak kami adalah penghuni Syurga. Walaupun hanya Tuhan saja yang tahu betapa kami sangat menyayanginya dan betapa patahnya hati kami suami isteri, kerana anak lelaki tunggal kami telahpun tiada dan kami tidak sempat melihatnya membesar seperti sepupunya Faris yang sama umur dengannya.



Irsyad bersama Faris semasa di Kudat


Irsyad bersama Faris semasa Majlis Potong Jambul dalam Bulan Mac


Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Allahyarham MUHAMMAD IRSYAD ZAFRAN dan doa mama dan bapa semoga kita dipertemukan di Syurga. Amin.

Irsyad kami tetap merinduimu!!!

Tapak Persemadian Allahyarham Irsyad